Akustik Konsert Analog
-Gebang Syed
WAH, dalam diam-diam penyanyi yang cukup popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku nak bikin konsert pula. Tapi Ana Rafali tidak keseorangan sebaliknya akan bergandingan dengan Monoloque untuk menghiburkan peminat mereka.
Bila berjumpa dengan Helmi, penganjur Konsert Analog baru-baru ini, dia ada bercerita yang ramai peminat dah booking tiket untuk tengok persembahan mereka.
“Bila saya uar-uarkan sahaja nak buat Konsert Analog ni, ramai rupanya yang nak tengok. Tak sangka Ana Rafali dan Monoloque ni memang memberikan kesan kepada peminat muzik tanah air.
“Tapi ramai yang teruja sebab dia konsert akustik. Mereka akan menyanyikan lebih kurang 12 lagu setiap seorang diiringi band masing-masing. Lagu Jangan Berpacaran dan Kekanda Adinda pun akan dinyanyikan,” kata Helmi yang juga merupakan orang kuat kepada Ali Bakar.
Konsert anjuran Republic Of Helmi (ROH) akan diadakan pada 19 Disember ini di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh hubungi 017-2650645 atau layari www.ticket2u.biz untuk maklumat lanjut.
Sunday, November 28, 2010
Akustik Konsert Analog
Posted by Prince Ashrye at 11:12 PM
Labels: Utusan Malaysia Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment